Wednesday, February 16, 2011

Interaksi Antara Benda Hidup

Interaksi antara benda hidup


Haiwan yang hidup secara berkumpulan dan Haiwan yang hidup sendirian


1. Habitat ialah tempat dimana haiwan itu tinggal.
2. Haiwan yang tinggal bersama didalam satu habitat ialah satu kumpulan haiwan manakala haiwan yang hidup tanpa kumpulan di panggil haiwan hidup sendirian.

Haiwan hidup secara berkumpulan.

1. Banyak haiwan yang hidup secara berkumpulan
Contoh :- Singa, Serigala.

2. Haiwan ini hidup dalam kumpulan yang kecil dari beberapa ekor, hinggalah beribu ribu ekor didalam datu kumpulan.

Kumpulan kecil :- Singa, Babun
Kumpulan besar :- Koloni Semut, Lebah

3. Haiwan yang hidup dalam kumpulan mempunyai pelbagai kelebihan

antaranya merekaboleh bekerjasama untuk mendapatkan makanan, melindungi antara satu sama lain, membina tempat perlindungan.

Contoh :- Sekumpulan Serigala bekerjasa dalam satu kumpulan untuk memburu haiwan lain.

Haiwan yang hidup sendirian


1. Haiwan yang hidup sendirian melakukan semua aktiviti secara bersendirian tanpa bantuan haiwan lain yang sama spesis.

Contoh :- Harimau , memburu secara bersendirian.

2. Haiwan yang hidup secara bersendirian ini sentiasa bersendiri tanpa bantuan kecuali semasa mengawan.

3. Haiwan ini hidup bersendirian adalah untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan kawasan.

4. Haiwan yang hidup bersendirian ini biasa menanda kawasan tempat tinggal mereka untuk menghalang haiwan lain dari menceroboh. Ini adalah untuk mengelakkan dari persaingan mendapatkan makanan.

5.Jika terdapat makanan yang banyak dan mencukupi, haiwan tersebut hanya perlu menjaga kawasan yg kecil sahaja. Jika kekurangan sumber makanan, ini akan memaksa haiwan tersebut mendapatkan kawasan yang lebih besar bagi memperoleh sumber makanan.

Contoh haiwan hidup sendirian :-

Beruang, Harimau, Helang, Panda

3 comments:

Carle said...

ya betul tu

rohaizanputeh said...

Betul..

Unknown said...

i like it
good job

Post a Comment