Tuesday, January 31, 2012

Diàncam bahaya dan kepupusan

DIANCAM BAHAYA : merujuk pada haiwan atau tumbuhan yg jumlahnya semakin kurang, seperti badak sumbu, raflesia, harimau

PUPUS : Merujuk pada haiwan atau tumbuhan yg tidak lagi wujud di dunia ini. Bermaksud tiada lagi spesis haiwan atau tumbuhan tersebut wujud. Seperti, gajah mammoth, burung do do..

Sebab sebab haiwan diancam bahaya kepupusan.
1. Disebabkan aktiviti manusia seperti,
pembalakan secara besar besaran
Pembalakan haram
Penerokaan kawasan habitat/hutan untuk tujuan pertanian,perumahan atau sektor perindustrian.
Pemburuan secara berleluasa
Pemburuan secara haram
pencemaran alam

Bagaimana mengatasi bahaya ancaman kepupusan pada haiwan dan tumbuhan.
1.Menguatkuasakan peraturan dan undang undang dengan lebih tegas.
2.Menjalankan kempen kesedaran
3.Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan haiwan dan tumbuhan melalui pendidikan 0 comments

Monday, January 30, 2012

latihan.

Sila jawab dalam buku latihan.

Razali menanam sebatang pokok dalam sebuah pasu. Beliau menyiram setiap hari, berikut adalah pembesaran pokok yg diukur oleh beliau setiap 10 hari.

Hari 10:5 cm
Hari 20: 10 cm
Hari 30: 30 cm
Hari 40: 40 cm

1. Apakah corak perubahan ketinggian pokok?
,...............................

2. Nyatakan sebab berdasarkan pemerhatian kamu di soalan 1.
...............................

3. Nyatakan 1 maklumat dari penyiasatan tersebut.
.............................

4. Apakah kesimpulan dari penyiasatan?
............................



**sila jawab semua soalan...boleh bertanya kepada cikgu hilmi jika tidak faham... 0 comments

Persaingan antara tumbuhan

Persaingan antara tumbuhan

1. Tumbuhan bersaing untuk memenuhi keperluan mereka.
2. Keperluan asas bagi tumbuhan adalah air, cahaya matahari, udara, ruang.
3. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air, cahaya matahari, ruang, dan nutrien( baja )
4. Persaingan ini berlaku kerana sumber yg terhad.
5. Tumbuhan memerlukan keperluan ini secukupnya untuk hidup dan membesar dgn sihat.
6. Dalam persaingan.tumbuhan yg kuat akan menang, tumbuhan yg tidak mendapat keperluan secukupnya akan terbantut pertumbuhan atau akan mati.
contoh : a- tumbuhan di hutan tebal akan bersaing utk mendapatkan cahaya matahari dgn ketinggian pokok.

b- pokok yg melilit seperti kekacang, duit duit akan menggunakan tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari.
** jika terdapat masalah... anda boleh bertanya di fb sains018 sekolah rendah, atau berjumpa cikgu hilmi dan cikgu sanisah.


Untuk tajuk seterusnya..saya akan hantar dlm posting seterusnya. Sila salin nota ini dalam buku nota.. dan sila semak soalan mengenai topik yg kita telah belajar didalam kelas.saya akan hantar soalan tersebut dlm minggu ini juga 0 comments